Carian
Buku Teks Digital akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan
October 27, 2018 Aman

Dengan perkembangan arena digital, suatu perkara yang boleh dikatakan dijangkakan ramai, dimana bidang pendidikan turut mengimplementasikan penggunaan teknologi dan kandungan digital dalam pembelajaran. Terkini, ia diumumkan yang mana sekolah akan mula mengimplementasikan penggunaan buku teks digital di sekolah bermula tahun hadapan.

Untuk peringkat permulaan, buku teks digital ini akan ditawarkan dalam format PDF terlebih dahulu – sekaligus membolehkan pelajar mengaksesnya dan membacanya menggunakan peranti mereka. Bergerak kehadapan, dalam beberapa tahun lagi, buku teks digital dan interaktif akan diperkenalkan – sekaligus membolehkan pelajar melakukan input dan sebagainya.

Pengenalan buku teks digital ini akan diperkenalkan di sekolah menengah terlebih dahulu. Penggunaannya di sekolah rendah masih sedang dikaji lagi buat masa ini.

Pada masa yang sama, ia ditekankan yang mana ibu bapa tidak akan perlu menanggung kos buku teks digital ini, kerana ia akan menggunakan beberapa perkara yang sedia ada – termasuk penggunaan Chromebook di sekolah, dan akses internet yang ditawarkan di sekolah.

Untuk peringkat permulaan, sebanyak 313 buku teks akan ditawarkan dalam bentuk digital – melalui laman 1BestariNet untuk pelajar. Walaupun ditawarkan dalam bentuk digital, untuk peringkat permulaan ia turut akan ditawarkan dalam pilihan bercetak seperti biasa.

Komen