Samsung Galaxy Note 9 menawarkan bukan sahaja prestasi operasi yang pantas, selain pengoptimasian khusus untuk produktiviti. Tetapi, ia juga turut hadir dengan penawaran pembantu digital maya khusus dinamakan Bixby.
Galaxy Note 9 menyertakan sokongan Bixby yang serba baru dan ditambah baik berbanding sebelum-sebelum ini. Pengguna boleh mengaksesnya dengan pantas melalui butang fizikal khusus yang disediakan pada bahagian kiri peranti.
Bixby Home turut boleh diakses dengan menatal ke bahagian kiri peranti, dimana pengguna boleh mengakses pelbagai informasi dengan pantas apabila anda perlukannya.
Menariknya, ia bukan sahaja memaparkan informasi daripada peranti dan lokasi semasa anda, tetapi turut menawarkan informasi dan kandungan daripada aplikasi pihak ketiga yang lain. Antara aplikasi yang disokong adalah termasuk Twitter, LinkedIn, Uber, Spotify, YouTube, Facebook dan sebagainya.
Dengan adanya ini, ia akan memaparkan informasi berdasarkan kepada penggunaan anda – sekaligus memudahkan anda menyemak sesuatu perkara dengan pantas apabila anda perlukannya.
Bagi anda yang ingin meningkatkan lagi produktiviti harian anda, Galaxy Note 9 semestinya adalah telefon untuk anda. Ia boleh didapati pada harga bermula RM3699 di Malaysia, dan ditawarkan dalam dua variasi – 128GB dan juga 512GB.
- Layari : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung.