Siri Telefon Pintar Realme 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 November

Siri Telefon Pintar Realme 2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 November

Diterbitkan pada Okt 29, 2018 oleh .

Realme merupakan salah satu sub-jenama dibawah Oppo dan model terbaru mereka adalah dalam siri Realme 2. Dua model Realme terbaru ini iaitu, Realme 2 dan Realme 2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 7 November kelak.

Realme 2 membawakan spesifikasi 6.2-inci pada resolusi HD+, cip Snapdragon 450, pilihan memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB. Turut melengkapkan lagi peranti ini ialah sokongan dwi-kamera dan kapasiti bateri yang besar iaitu setinggi 4230 mAh. Manakala, Realme 2 Pro pula mempunyai skrin bersaiz 6.3-inci pada resolusi FHD+, cip Snapdragon 660, dan hadir dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menampilkan sokongan dwi-kamera dan bateri berkapasiti hanya 3500 mAh.

Baca: Pandang Pertama Realme 2 Pro Di Sini

Harga Realme 2 untuk model asas adalah sekitar RM545 dan Realme 2 Pro pula adalah sekitar RM790. Jika anda berminat dengan model Realme 2 ini, sama-sama kita nantikan acara pelancaran di Malaysia pada 7 November kelak.


TIPS & ULASAN