Carian
Ikon iPad Pro 2018 Memberikan Petunjuk Rekaan Bezel Nipis Dan Penggunaan Face ID
October 29, 2018 Effi Saharudin

Apple akan mengadakan acara khas pada 31 Oktober ini waktu tempatan. Antara peranti yang dijangka diperlihatkan ialah iPad baharu dengan pelbagai penambahbaikan berbanding model sebelum ini. Ura-ura yang sudah berlegar sejak beberapa bukan kebelakangan ini ialah ia akan hadir dengan bezel nipis, menggunakan sistem Face ID serta sokongan USB-C.

Ikon untuk iPad Pro 2018 telah ditemui di dalam binaan terkini iOS 12. Ia seakan mengesahkan ura-ura di atas kerana mempunyai bezel yang nipis dan tiada lagi butang TouchID pada bahagian dagu, Menarik sekali ia tidak bertakuk seperti pada iPhone X dan XS. Seperkara lagi sistem Face ID pada iPad Pro 2018 besar kemungkinan membenarkan nyahkunci pada posisi menegak dan mendatar. Jawapan kepada misteri rekaan ini akan diketahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Adakah anda teruja dengan rekaan baharu ini?

Komen