Di dalam konteks perkomputeran, perisian kemaskini ialah perisian yang dikeluarkan oleh syarikat pembina cip ataupun sistem operasi untuk mengemaskini sebarang kerentanan ataupun menambahbaikkan prestasi sesebuah sistem.
AMD baru-baru ini dikatakan telah menamatkan sokongan perisian kemaskini Radeon untuk komputer-komputer yang menggunakan sistem operasi 32-bit, dan hanya akan mengeluarkan perisian untuk sistem operasi 64-bit selepas ini.
Diantara sistem-sistem operasi yang akan terkesan oleh pengumuman ini termasuklah Microsoft Windows 10, Windows 7, Red Hat Enterprise Linux (RHEL), CentOS, Ubuntu dan SUSE Linux Enterprise Desktop (SLED).
Bagi mereka yang masih sedang menggunakan sistem operasi 32-bit, perisian kemaskini Radeon Software Adrenalin 18.9.3 WHQL merupakan perisian kemaskini untuk sistem 32-bit yang terakhir yang akan dikeluarkan oleh AMD.
Bagi AMD, pengakhiran sokongan perisian 32-bit ini bukanlah sesuatu yang besar, kerana bilangan pengguna komputer yang masih menggunakan sistem operasi 32-bit adalah terlalu kecil berbanding dengan mereka yang telah menaiktaraf ke sistem operasi 64-bit.