Cari @ Amanz

Motosikal Terbang Hoversurf Kini Boleh Dipesan Pada Harga RM627,000 Sebuah

Link Copied!

Pada Oktober tahun lalu, motosikal terbang Hoversurf mula digunakan oleh polis Dubai untuk kegunaan anggota. Motosikal dengan konfigurasi quadrotor kini boleh dipesan pada harga $150.000 (~RM 626,850) bagi individu yang berminat. Model untuk kegunaan orang ramai ini lebih ringan dengan berat 140 kilogram, berkelajuan maksimum 96 km/j dan terbang sehingga 25 minit.

Terdapat mod dron yang membolehkannya beroperasi selama 40 minit. Bateri yang digunakan adalah sebesar 12.3 kWh manakala tubuh diperbuat daripada hentian karbon. Kerana ia diklasifikasikan sebagai pesawat microlight, tiada lesen terbang diperlukan untuk menunggangnya. Seperti model asal, keempat-empat kipas mempunyai rekaan terbuka sekaligus mendedahkan penunggang kepada kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.


Komen ()