Cari @ Amanz

Lenovo kini semakin terkenal dengan agenda penipuan mereka. Pada awalnya, mereka mengacah Lenovo Z5 yang kononnya mempunyai skrin nirbingkai tanpa takuk – tetapi sebenarnya ia mempunyai takuk. Lenovo dilihat tidak ingin mengalah, kini mencuba dengan Lenovo Z5 Pro.

Minggu lepas, mereka mengacah yang kononnya Lenovo Z5 Pro mungkin akan mempunyai skrin dengan nisbah skrin-ke-badan mencecah 100%. Harini, mereka mengacah mengenai bahagian boleh luncur peranti ini dan juga cip sekuriti khas seakan cip Titan M pada Pixel 3. Lenovo Z5 Pro menggunakan bahagian boleh luncur double-helix dengan bantuan 6 sensor bimbingan. Selain itu, mekanisma ini juga dikatakan boleh dibuka dan ditutup selama 300,000 kali – iaitu sama dengan Mi Mix 3.

Untuk cip sekuriti ini pula, ia dikatakan adalah untuk memberi pengguna sekuriti tambahan yang tinggi yang sesuai untuk para usahawan dan pengguna profesional. Di poster acah ini juga turut memperlihatkan penulisan ‘Turbo‘ yang mungkin berkait dengan penambahan prestasi seperti GPU Turbo pada Huawei/Honor.

Apa-apa pun, kita masih perlu tunggu pengumuman rasmi Lenovo untuk pelancaran peranti ini. Lenovo mungkin cuba menipu dengan gimik pemasaran mereka. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: [1], [2]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd