Pada tahun lepas, Lazada Malaysia telah menjana hampir RM 111,000,000 dalam hanya satu hari. Ia adalah satu fenomena bagi Lazada, bukan sahaja kepada pengguna malah peniaga-peniaga dalam talian Lazada. Tahun ini laman e-dagang ini melancarkan acara beli-belah terbesar mereka, iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival 2018. Ia merupakan sambutan dalam talian yang berlangsung selama 24 jam bermula 12.00 malam pada 11 November 2018.
Berlainan dengan festival sebelum ini, tahun 2018 ini, Lazada Malaysia berganding bahu bersama Alibaba Group untuk menjadikan sambutan hujung tahun 11.11 lebih menarik dan lebih menyeronokkan. Pelbagai tawaran hadiah dan aktiviti disediakan untuk semua pengguna Lazada Malaysia seperti mengimbas kod QR yang akan membawa terus ke laman promosi, baucar diskaun dan tawaran lain boleh didapati semasa festival 11.11 ini berlangsung.
Selain itu, Lazada turut menawarkan hadiah menarik termasuk dua buah kereta Volkswagen Beetle 2.1 TSI melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika 11.11 berlangsung. Selain Volkswagen, terdapat banyak lagi hadiah dari jenama seperti Sunsilk, Xiaomi, Drypers, Lactogrow dan Philips yang boleh dibawa pulang oleh pengguna.
Untuk Lazada 11.11 Shopping Festival 2018, pengguna boleh mendapatkan baucar Flash menerusi aplikasi rasmi Lazada. Pelanggan Lazada boleh menikmati tawaran harga serendah RM 0.99 serta Baucar Kolektibel bernilai sehingga RM 11,000,000 dari lebih dari 50 jenama bermula 12 tengah malam sehingga 2 pagi. Selain jualan, servis penghantaran percuma turut ditawarkan oleh penjual dari pelbagai jenama kepada pembeli yang membeli produk di aplikasi Lazada.
Dengan kerjasama dari pelbagai syarikat seperti McDonald, GrabPay, Malaysia Airline dan lain-lain, pengguna boleh dapatkan pelbagai diskaun menarik. Antaranya, GrabPay menawarkan baicar dalam aplikasi sebanyak RM 11 untuk Lazada hanya dengan kredit GrabPay RM 1. Malaysia Airline (MAS) pula menyediakan diskaun 11% terhadap tambang mereka. Tidak ketinggalan, di McDonald, pengguna boleh menunjukkan aplikasi Lazada mereka di kaunter pembelian McDonald dan mendapatkan 11 ketul McNugget hanya dengan harga RM 11, sah dari 5 hingga 11 November 2018.
Pada tahun ini, bukan sekadar tawaran jualan, Lazada turut menampilkan sambutan Lazada 11.11 Super Show yang dibarisi selebriti terkenal dalam negara dan antarabangsa seperti KARD, Chakra Khan, Ella, Ziana Zain dan ramai lagi pada malam menjelang 11 November.
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Lazada 11.11 Shopping Festival 2018, anda boleh layari laman web rasmi Lazada Malaysia dan laman media sosial rasmi mereka.