Papan Kekunci HyperX Alloy FPS RGB Dan Fon Telinga HyperX Cloud Earbuds Kini Di Pasaran Malaysia

Papan Kekunci HyperX Alloy FPS RGB Dan Fon Telinga HyperX Cloud Earbuds Kini Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Okt 29, 2018 oleh .

Kingston HyperX ialah sebuah jenama komponen memori dan aksesori gaming yang popular di kalangan gamer dan juga atlet e-sukan di seluruh dunia.

Syarikat tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka membawa masuk dua aksesori gaming terbaru mereka, termasuklah papan kekunci mekanikal HyperX Alloy FPS RGB dan juga fon telinga HyperX Cloud Earbuds untuk pasaran Malaysia.

Papan kekunci HyperX Alloy FPS RGB merupakan papan kekunci mekanikal yang menggunakan suis mekanikal Kailh Silver yang dikatakan hadir dengan waktu dan tekanan pengaktifan yang lebih rendah, khusus untuk mereka yang bermain permainan komputer yang memerlukan tindakbalas jari yang cepat, ataupun untuk mereka yang menaip dengan pantas tanpa memandang papan kekunci.

Fon telinga HyperX Cloud Earbuds pula dibina khusus untuk mereka yang gemar bermain permainan apabila mereka sedang dalam perjalanan ke mana-mana lokasi. Ia juga turut hadir dengan mikrofon terbina di dalam dan boleh digunakan untuk mengaktifkan fungsi perbualan audio di dalam permainan seperti PUBG Mobile dan juga Fortnite.

Malah, untuk mereka yang mempunyai konsol permainan Nintendo Switch, fon kepala ini sangat sesuai untuk mereka, kerana kualiti audio yang hadir melalui HyperX Cloud Earbuds ini jauh lebih tinggi berbanding dengan pembesar suara yang hadir pada konsol tersebut.

Pihak Kingston berkata bahawa kedua-dua aksesori ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia, dan boleh dibeli melalui kedai atas talian Lazada, Shopee dan juga kedai-kedai fizikal seperti Gamers’ Hideout, Mission World dan lain-lain.

Tanda harga untuk aksesori-aksesori ini adalah seperti berikut:

  • HyperX Alloy FPS RGB – RM459
  • HyperX Cloud Earbuds – RM219

TIPS & ULASAN