Cari @ Amanz

Xiaomi pada tahun lepas telah mengumumkan yang mana mereka menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 100 juta unit peranti pada 2018 ini. Kini, dengan berbaki dua bulan lagi, Xiaomi hari ini telah mengumumkan mereka telah mencapai angka jualan berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Xiaomi tidak ditawarkan di banyak negara, dan pencapaian angka ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang baik.

Xiaomi pada tahun ini telah hadir dengan pelbagai penawaran peranti menarik – termasuk mengumumkan sub-jenama mereka tersendiri dinamakan Poco. Dengan pencapaian angka 100 juta unit ini, kita mungkin melihat sasaran yang lebih tinggi untuk 2019, sekaligus bersaing menjadi antara pengeluar peranti terkemuka dunia yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd