Carian
Pepijat Pelik Membawa Paparan Takuk Kedua Pada Pixel 3 XL
October 30, 2018 Aman

Google Pixel 3 XL sedia membawa rekaan takuk yang bersaiz sedikit besar berbanding pelbagai peranti mercu lain di pasaran. Kini, ia dilihat masalah pepijat pada peranti berkenaan turut membawa kepada masalah paparan takuk kedua dibahagian tepi.

Masalah ini dilihat hadir apabila pengguna bermain dengan tetapan pembangun, atau apabila memulakan semula peranti. Apakah punca utama kehadiran pepijat ini masih tidak diketahui lagi – dan turut berkemungkinan disebabkan oleh perubahan orientasi peranti dan sebagainya.

Apa pun, pihak Google telah mengesahkan masalah ini dan mengatakan akan menawarkan penyelesaian untuknya tidak lama lagi.

Sementara itu, sekiranya anda mempunyai Pixel 3 XL, dan mempunyai masalah dua takuk ini, mungkin boleh berbangga kerana peranti anda menjadi antara terawal dengan sokongan dua takuk di dunia.

Komen