Cari @ Amanz

Menggunakan Waze dalam perjalanan ke pejabat ialah sesuatu yang kami lakukan setiap hari bagi mengelakkan diri dari terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Pada bulan Maca tahun lalu, ia mula menyokong penstirman muzik Spotify secara terbina. Waze kini sedang melakukan ujian Beta yang menambah lagi perkhidmatan penstriman audio yang disokong di alam aplikasi.

 Perkhidmatan tersebut adalah Pandora, TuneIn, Scribd, Stitcher, NPR, dan Deezer. Ini memberikan pilihan yang lebih kepada pengguna yang mungkin tidak mempunyai akaun Spotify sebelum ini. Seperti integrasi Spotify, kesemua aplikasi di atas boleh dipilih terus dari antaramuka Waze sekaligus memudahkan pengguna mendengar muzik kegemaran ketika memandu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd