Kerangka iPad Pro 2018 Tertiris Mengesahkan Penggunaan USB-C

Kerangka iPad Pro 2018 Tertiris Mengesahkan Penggunaan USB-C

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Acara khusus untuk pelancaran iPad Pro 2018 akan berlangsung awal pagi esok. Tablet ini telahpun disahkan mempunyai bezel yang nipis serta penggunaan Face ID menurut ikon yang tertiris semalam. Pagi ini kerangkanya pula tertiris mengesahkan penggunaan port USB-C menggantikan Lightning.

Sekali lagi sumber ketirisan ini ialah dari pengeluar kerangka Olixar. Sebelum ini rekaan Galaxy Note 9, Galaxy S9 dan OnePlus 6 turut telah tertiris menerusi imej pengolokan kerangka keluaran mereka. Seperti yang anda boleh lihat, iPad Pro 2018 mempunyai bezel yang nipis. Imej tertiris ini walau bagaimanapun tidak menunjukkan rekaan Face ID yang bakal digunakan.


TIPS & ULASAN