Cari @ Amanz

Storan yang besar kini semakin penting kerana pengguna sudah mula merakam video pada resolusi lebih tinggi serta keperluan dataraya bagi menampung keperluan peranti berhubung. Bagi memenuhi keperluan industri cakera keras Western Digital Ultrastar DC HC620 telah dilancarkan dengan kapasiti 15TB.

Teknologi Shingled Magnetic Recording (SMR) digunakan bagi meningkatkan kemampuan storan di dalam setiap cakera. Cakera keras ini turut hadir dengan HelioShield yang membolehkan ia berputar lebih pantas kerana bahagian dalam dipenuhi gas helium.

Pada waktu yang sama ia menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 31% berbanding cakera keras generasi terdahulu. Ultrastar DC HC620 dihasilkan khusus untuk kegunaan kamera litar pintar dan sistem peranti berhubung. Tiada harga jualan diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd