Cari @ Amanz

Kehangatan Pocophone F1 masih belum reda. Kenapa? Ini kerana Pocophone F1 atau lebih dikenali sebagai Poco F1 adalah pembunuh peranti mercu terbaru. Ia dijana dengan cip Snapdragon 845, RAM 6GB dan juga skrin HD penuh 1080p panel LCD. Bercakap mengenai skrin HD ini, ramai yang mengecam Apple iPhone XR kerana iPhone XR dikatakan menggunakan panel LCD 720p sahaja. Ini bermakna, Poco F1 dan iPhone XR menggunakan panel LCD – tetapi resolusi pada Poco F1 adalah lebih tinggi? Sepatutnya ya!

  • Resolusi iPhone XR adalah 828 x 1792, nisbah 19.5:9 dan 326ppi.
  • Resolusi Poco F1 adalah 1080 x 2246, nisbah 18.7:9 dan 403ppi.

Walau bagaimanapun, Apple mengatakan panel LCD mereka adalah berbeza daripada yang lain kerana ia menggunakan teknologi paparan Liquid Retina HD dan menyokong Wide colour display P3. Pengulas gajet terkenal, Jonathan Morisson hadir dengan video terbaru dengan membuat blindtest antara Poco F1 vs iPhone XR. Dalam video ini, iPhone XR menjadi pilihan ramai kerana hasil warna, kecerahan, kualiti skrinnya adalah lebih baik.

Bagaimanakah perkara ini mustahil? Ini kerana peranti iPhone daripada Apple memang tidak dinafikan hebat. Walaupun panel LCDnya mempunyai spesifikasi yang rendah berbanding Poco F1 – perisian yang Apple hasilkan adalah baik untuk memberi peminat mereka puas. iPhone XR boleh dikatakan adalah iPhone ‘bajet‘ Apple seperti Xiaomi dengan Pocophone F1.

Anda pula bagaimana, setuju atau tidak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd