Cari @ Amanz

Salah satu masalah yang sering membelenggu para pengguna sistem operasi Linux ialah sokongan untuk permainan komputer, yang biasanya direka untuk platform Microsoft Windows sahaja.

Dua bulan lalu, sebuah projek yang dinamakan Proton telah dibangunkan, yang menjanjikan kebolehan untuk para pengguna sistem operasi tersebut memainkan permainan komputer pada sistem operasi tersebut.

Kini, nampaknya projek Proton ini sudahpun hadir dengan sejumlah besar permainan komputer yang boleh dimainkan oleh pengguna sistem operasi Linux melalui aplikasi tersebut dan juga Steam Play. Pada waktu penulisan, sejumlah 2600 permainan boleh dimainkan, termasuk Grand Theft Auto V, Elder Scrolls: Skyrim, The Witcher 3, Wolfenstein: The New Order dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik lagi ialah prestasi permainan-permainan ini di sistem operasi Linux tidaklah begitu berbeza berbanding dengan apabila ia dimainkan di sistem operasi Windows.

Pihak pengendali projek Proton ini juga menyatakan bahawa mereka akan terus menambahkan jumlah permainan yang boleh dimainkan oleh pengguna Linux, dan memperbaiki mutu permainan komputer yang sudahpun boleh dimainkan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd