DJI Mavic 2 Enterprise Ialah Dron Untuk Kegunaan Anggota Penyelamat

DJI Mavic 2 Enterprise Ialah Dron Untuk Kegunaan Anggota Penyelamat

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Penggunaan dron dalam seni fotografi kini sudah meluas. Ia antara aksesori perlu yang kerap dilihat di acara keramaian seperti majlis perkahwinan. DJI ialah nama paling besar dalam dunia dron dan mereka telah melancarkan Mavic 2 Enterprise khusus untuk kegunaan anggota penyelamat dan juga industri.

Mavic 2 Enterprise mengekalkan rekaan padat yang membolehkannya dilipat. Ia dilengkapi kamera 12-Megapixel dengan sistem gimbal 3 paksi. Kamera ini mempunyai kemampuan zoom optikal 2X dan digital 3X. Sebanyak 24GB storan disertakan di dalam kamera. Dengan bateri yang disertakan, dron in mampu terbang sehingga 31 minit dengan kelajuan maksimum 74 km/j.

Aksesori lampu limpah dan pembesar suara membolehkan ia digunakan dalam operasi menyelamat. Sebagai contoh mangsa boleh diberikan arahan untuk tenang sementara menanti kehadiran anggota penyelamat. Terdapat juga aksesori lampu strob bagi membolehkannya dilihat ketika di dalam kawasan loji misalnya. DJI Mavic 2 Enterprise dijual pada harga $1999 (~RM 8355) sebuah.


TIPS & ULASAN