Dengan aplikasi Themes, pengguna peranti Sony Xperia boleh mengubah elemen antaramuka dan ikon telefon pintar mereka. Sony kerap memberikan tema menarik yang berkaitan dengan filem yang diterbitkan oleh mereka seperti siri Spiderman. Walau bagaimanapun fungsi Themes ini bakal dihentikan bermula dengan Xperia XZ3.
Menerusi forum rasmi mereka, Sony mengesahkan Xperia XZ3 tidak menyokong Themes kerana mereka menyedari penggunaan fungsi ini adalah rendah. Bagi pengguna peranti model lain, Sony mengesahkan Themes akan terus disokong selepas ia menerima kemaskini Android Pie. Memandangkan fungsi ini mula tidak disokong pada peranti mercu Xperia XZ3, besar kemungkinan ia tidak akan disertakan lagi pada peranti keluaran mereka di masa hadapan.