TYPI Ialah Papan Kekunci Mekanikal Dengan Rekaan Yang Unik

TYPI Ialah Papan Kekunci Mekanikal Dengan Rekaan Yang Unik

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Rekaan susunan butang pada papan kekunci tidak banyak berubah sejak ia mula digunakan pada mesin taip lebih seratus tahun yang lalu. Kedudukan butang adalah berdasarkan penggunaan penaip dan memastikan palang tidak berlanggar antara satu lain. Walaupun mesin taip sudah semakin pupus susuan kuno ini masih dikekalkan.

TYPI ialah papan kekunci yang menyusun semula kedudukan butang bagi membuatkannya lebih sesuai untuk pengguna zaman moden. Empat butang anak panah diubah ke bahagian kiri papan kekunci. Menurut pereka TYPI ini adalah kerana ini mengurangkan keperluan tangan kanan meninggal tetikus semata-mata untuk menekan butang-butang tersebut. Dua buang backspace turut disertakan dengan satu pada sebelah kanan butang spacebar. Butang nombor, Function dan Windows juga telah dialihkan. Secara keseluruhan terdapat 114 butang kekunci pada TYPI.

Selain itu TYPI menggunakan suis Cherry MX (Brown, Blue, Red, Black) dengan sokongan lampu bagi memudahkan proses menaip dalam keadaan gelap. Ruang kosong di bahagian tengah adalah bagi membolehkan sebuah telefon pintar atau tablet diletakkan ketika menaip menggunakan tambatan Bluetooth. Masih terdapat sokongan kabel USB-C untuk TYPI digunakan pada komputer PC atau Mac.

Papan kekunci TYPI sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama Kickstarter. Ia boleh ditempah pada harga bermula dari HK$1166 (~RM 621) sebuah.


TIPS & ULASAN