Telegram Menawarkan “Stickers” Kepada Pengguna WhatsApp

Telegram Menawarkan “Stickers” Kepada Pengguna WhatsApp

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Telegram sedia mempunyai penawaran aplikasi eksperimental mereka tersendiri dinamakan Telegram X. Kini, akaun disebalik Telegram X turut telah menerbitkan dua WhatsApp Stickers – yang mana ditujukan khusus untuk para pengguna WhatsApp.

Melalui penawaran ini, ia sekaligus memberikan akses kepada “Stickers” tambahan kepada para pengguna WhatsApp. Untuk makluman, pihak WhatsApp telah menambah sokongan Stickers pada aplikasi mereka baru-baru ini, sekaligus memberikan lebih kaedah ekspresi kepada para penggunanya.

Telegram WhatsApp Stickers

Buat masa ini, penawaran WhatsApp Stickers daripada pihak ketiga masih kurang, dan Telegram dilihat ingin menyelesaikan perkara berkenaan. Malah, Telegram turut membuka untuk pembangun Stickers dari Telegram untuk turut menerbitkan Stickers mereka kepada aplikasi WhatsApp dengan menghubungi pihak Telegram.

Mungkin ini juga salah satu kaedah Telegram memasarkan aplikasi mereka – selain turut memperlihatkan keterbukaan mereka untuk aplikasi-aplikasi lain.

Muat-Turun WhatsApp Stickers dari Telegram


TIPS & ULASAN