Cari @ Amanz

Apple hari ini mengambil pentas utama di New York, dan memperkenalkan komputer riba paling nipis mereka yang terbaru, iaitu MacBook Air. Kemaskini baru ini hadir selepas sekian lama pengguna menantikan pengenalan versi baru untuk komputer riba paling nipis daripada MacBook berkenaan.

MacBook Air baru hadir dengan skrin 13.3-inci menggunakan rekaan berbingkai nipis, selain ia kini turut hadir dengan sokongan paparan Retina Display. Walaupun menggunakan rekaan berbingkai nipis, Apple masih mengekalkan penggunaan kamera pada bahagian atas. Dengan rekaan nirbingkai ini, ia kini bersaiz kurang 17% berbanding sebelumnya, dan lebih nipis berbanding generasi sebelum ini. Apple juga mengatakan kini MacBook Air dibangunkan menggunakan 100% aluminium yang dikitar semula – sekaligus menjadikannya lebih mesra alam berbanding pengeluar lain.

MacbOok Air

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah sokongna Touch ID untuk memudahkan anda log masuk, selain menawarkan pengalaman sekuriti tambahan. Apple turut mengatakan ia kini menyertakan cip Apple T2 untuk sokonagn sekuriti tambahan ini. Bahagian papan kekunci juga kini dikemaskini dengan mekanisma “Butterfly” yang diperkatakan menawrkan input yang lebih stabil, selain sokongan Trackpad yang bersaiz lebih besar.

Walaupun bersaiz nipis, Apple tidak melupakan sokongan audio pada komputer riba ini, selain sokongan input mikrofon untuk panggilan video mahupun akses Siri. Berbeza dengan versi MacBook Pro, MacBook Air tidak menyertakan sokongan Touch Bar padanya.

Dari segi sokongan input, MacBook Air baru hadir dengan sokongan dwi-USB-C pada bahagian tepi yang menyokong output sehingga paparan 5K. Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip Intel Core generasi ke-lapan, memori sehingga 16GB, sokongan storan sehingga 1.5TB. Apple turut mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sepanjang hari bersama-sama komputer riba ini.

MacBook Air baru ini akan ditawarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini untuk pra-tempahan, dimana ia membawakan tanda harga $1199 di Amerika Syarikat.

MacBook Air

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd