Pocophone F1 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Sekurang-Kurangnya Sehingga Android Q

Pocophone F1 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Sekurang-Kurangnya Sehingga Android Q

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Peranti Pocophone F1 ialah jawapan Xiaomi kepada pengguna yang mahukan peranti mercu pada harga yang lebih mampu milik. Ia kini mengambil alih kedudukan OnePlus sebagai peranti pengguna yang tidak mahu berbelanja lebih tetapi memerlukan peranti yang pantas.

Ia dilancarkan dengan Android 8.1. Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang sokongan kemaskini Android, Jai Mani yang merupakan ketua produk Poco mengesahkan pihak mereka akan memberikan sokongan sekurang-kurang sehingga Android Q. Diharap janji ini akan dapat ditepati kerana tidak banyak pengeluar memberikan sokongan Android sehingga dua versi utama.



TIPS & ULASAN