Mungkin harga jualan MacBook Air baharu yang bermula dari RM5249 terlalu mahal bagi anda. Jangan risau kerana harga jualan iPad Pro baharu nampaknya lebih mampu milik di Malaysia. Menerusi lama rasmi Apple Malaysia, harga jualan iPad Pro baharu adalah bermula dari RM3499 untuk model dengan skrin 11-inci, storan 64GB dan WiFi.
Ini meningkat ke RM7349 untuk model dengan storan 1TB dan sokongan selular. Bagi model 12.9-inci pula harga jualan bermula dari RM4349 untuk model dengan storan 64GB dan WiFi. Ia melonjak ke RM8199 untuk model dengan storan 1TB dan sokongan selular. Kedua-dua model ini ditawarkan dalam warna Space Grey dan Silver.
Seperti biasa Apple Pencil generasi kedua tidak disertakan sekali dan boleh dibeli berasingan pada harga RM549 sebatang. Cukup menarik sekali Apple menyertakan pengecas pantas 18W dengan setiap pembelian iPad Pro 11″ dan 12.9″.