Cari @ Amanz

Model kemaskini Apple Pencil yang merupakan stylus pilihan pengguna iPad Pro sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu telah dilancarkan. Ia kini mempunyai satu sisi rata yang membolehkannya dilekatkan pada sisi iPad Pro secara magnetik, sokongan dwi-tap pada tubuh dan dicas secara nirwayar. Ini adalah penambahbaikan berbanding model terdahulu yang perlu dicas dengan mencucuknya ke port Lightning tablet.

Bagi pengguna iPad Pro sedia ada, Apple Pencil terbaru ini tidak boleh digunakan pada tablet anda. Ini disahkan sendiri pada senarai peranti disokong yang kami temui di laman Apple. Hanya iPad Pro 12.9″ dan Pro 11″ baharu boleh menggunakannya. Sekiranya kesemua fungsi baharu ini ingin digunakan, anda tiada pilihan selain turut membeli iPad Pro terkini. Bagi yang berminat Apple Pencil generasi kedua dijual pada harga RM549 sebatang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd