Selain pengenalan MacBook Air yang baru, Apple juga turut mengumumkan kemaskini kecil untuk penawaran MacBook Pro. Pengeluar komputer terkemuka berkenaan mengatakan yang mana mereka akan menawarkan MacBook Pro bersaiz 15-inci dengan pilihan kad grafik Radeon Pro Vega bermula bulan November ini.
Penawaran ini sekaligus membawakan lebih pilihan kepada pengguna, dan tidak terhenti setakat penawaran grafik Radeon Pro 500 sebelum ini.
Melalui kad grafik baru ini, ia akan menawarkan sokongan grafik lebih 60% pantas berbanding sebelumnya – sekaligus membolehkan anda membuat pelbagai tugasan seperti menghasilkan animasi dan video dengan pantas.
Harga jualan untuk variasi baru MacBook Pro ini dijangka akan diketahui bulan hadapan.