Cari @ Amanz

Apple iOS 12.1 Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna iPhone Dan iPad

Oleh Aman

Link Copied!

Apple hari ini telah pun mula menawarkan kemaskini iOS 12.1 untuk para pengguna iPhone dan iPad. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan beberapa ciri-ciri baru.

Salah satu ciri baru yang hadir adalah sokongan panggilan FaceTime berkumpulan – dimana kini anda boleh membuat panggilan FaceTime kepada sehingga 32 orang pengguna pada waktu yang sama.

Apple iOS 12.1

Selain itu, kini Apple turut mengaktifkan pilihan dwi-SIM pada iPhone XS, XS Max dan juga XR. Pilihan ini membolehkan syarikat telekomunikasi menawarkan sokongan dwi-SIM melalui penggunaan e-SIM pada telefon pintar berkenaan. Walaubagaimanapun, sokongan ini mungkin tidak relevan kepada kebanyakkan pengguna seluruh dunia, kerana pelbagai syarikat telekomunikasi masih belum bersedia untuknya.

Kemaskini iOS baru ini juga mengatasi beberapa masalah, termasuk masalah #Beautygate yang mencantikkan wajah pengguna apabila menggunakan pilihan Smart HDR.

Bagi pengguna iPhone dan iPad, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menggunakan versi baru sistem operasi ini hari ini.


Komen ()