Selain pemproses, RAM dan storan Samsung turut menghasilkan sensor kamera mereka sendiri di bawah keluarga ISOCELL. Bagi memenuhi kehendak pengguna yang memerlukan kemampuan kamera yang baik pada peranti mudah alih dua sensor terbaru ISOCELL telah diumumkan dengan saiz sensor 48 dan 32 Megapixel.
ISOCELL Bright GM1 sebesar 42-Megapixel dan ISOCELL Bright GD1 32 Megapixel ini mempunyai saiz pixel 0.8μm. Tetapi apabila dipadankan dengan teknologi Tetracell yang menggabungkan empat pixel menjadi satu, ia mampu mengambil gambar yang berpadanan dengan sensor dengan saiz pixel 1.6μm. Ini menurut Samsung membolehkan gambar yang lebih baik diambil dalam situasi gelap.
Kedua-dua sensor menyokong sistem penstabilan EIS serta mod HDR bagi mengambil gambar yang terang dan warna yang hidup. Samsung akan mula mengeluarkan kedua-dua sensor pada suku ini untuk pasaran.