Cari @ Amanz

Pengguna Facebook Menghantar 100 Bilion Mesej Dan Berkongsi Satu Bilion Stories Sehari

Oleh Nazrin

Link Copied!

Nampaknya para pengguna Facebook kerap menggunakan dua ciri yang dikatakan “dicuri” daripada platform lain, iaitu Facebook Messenger dan Facebook Stories.

Mark Zuckerberg, dalam sebuah perjumpaan dengan para pelabur syarikat tersebut menyatakan bahawa pengguna-pengguna Facebook banyak menggunakan kedua-dua ciri tersebut, dengan mengatakan bahawa mereka menghantar sebanyak 100 bilion mesej sehari, dan berkongsi satu bilion gambar dan video melalui Facebook Stories, Instagram Stories dan juga WhatsApp.

Apa yang lebih menarik di sini ialah beliau juga menyatakan bahawa Messenger merupakan aplikasi kedua paling popular di belakang Facebook di platform iOS, dan aplikasi Stories di ketiga-tiga platform Facebook tersebut dikatakan 10 kali lebih popular daripada aplikasi Snapchat yang merupakan pelopor platform perkongsian video pendek mudah-alih ini.

Dalam pada itu, Zuckerberg turut berkata bahawa 800 juta pengguna Facebook menggunakan ciri Marketplace, manakala ciri Jobs telah membantu mendapatkan satu juta pekerjaan di seluruh dunia.


Komen ()