Cari @ Amanz

OnePlus 6T baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas. Ramai peminat OnePlus tertanya adakah berbaloi untuk memiliki OnePlus 6T ini? Sebelum ini, Pete Lau pernah memberi kenyataan – jika ingin kekal menggunakan bicu audio, belum bersedia ke arah USB-C dan tidak hiraukan teknologi, OnePlus 6 adalah peranti anda. Manakala, jika sudah bersedia ke arah USB-C dan ingin cuba teknologi baru OnePlus 6T adalah pilihan terbaik.

Tapi, beberapa ciri OnePlus 6T kini hadir dalam Oxygen OS Open Beta 6 – jadi, adakah berbaloi memiliki OnePlus 6T atau hanya kekal dengan OnePlus 6 dan kemaskini kepada Oxygen OS terbaru ini. Berikut adalah beberapa ciri baru dalam OxygenOS Open Beta 6;

  • Sistem
    • Kawalan gesture baharu
    • Antaramuka mengenai peranti yang baharu
    • Kemaskini tampalan sekuriti November
    • Penambahbaikan pengalaman merakam skrin
  • Pelancar
    • Rekaan bar carian Google yang baharu
  • Kamera
    • Menambah sokongan Nightscape dan Studio Lighting
  • Galeri
    • Lebih lancar dan menambahbaik gesture untuk zoom dan membesarkan imej

Kemaskini ini sudah pun diedarkan buat semua pengguna OnePlus 6 yang menjalankan Oxygen OS Open Beta dan jika pengguna Oxygen OS stabil ingin mencuba, boleh muat turun ROM ini dan pasang pada peranti anda. Jika anda ingin tahu OnePlus 6T ini berbaloi atau patut dicuba, baca pandang pertama kami di sini atau tonton video di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd