Dengan dua model iPad Pro yang dilancarkan semalam, Apple mula menggunakan rekaan skrin berbezel nipis pada bezel pada tablet keluaran mereka. Tiada lagi butang home fizikal dan digantikan pula oleh sistem Face ID yang sama seperti yang ditemui pada iPhone XS. Ini menimbulkan kerisauan kos menggantikan skrin yang pecah juga akan meningkat. Kerisauan ini berasas kerana kos menggantikan skrin telah dikongsi oleh Apple.
Pada iPad Pro 11″, kos menggantikan skrin adalah $499 (~RM 2087) sekeping. Untuk iPad Pro 12.9″ pula ia mencecah $649 (~RM 2715). Sebagai perbandingan kos menggantikan skrin iPad Pro 12.9″ generasi terdahulu hanya $599 (~RM 2505). Kerana kos alat ganti yang tinggi, penggunaan kerangka tahan lasak amat disarankan kerana ia jauh lebih murah.