FICE, Hab Pertukaran Kriptowang Halal Pertama Di Dunia Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2019

FICE, Hab Pertukaran Kriptowang Halal Pertama Di Dunia Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2019

Diterbitkan pada Okt 31, 2018 oleh .

Hab pertukaran kriptowang bukanlah sesuatu yang baru. Ia biasanya merupakan sebuah lokasi dimana pemilik kriptowang boleh menukar sesebuah kriptowang kepada kriptowang lain dan ataupun matawang fiat, dan sebaliknya.

Terkini, syarikat yang bernama ADAB Solutions yang diasaskan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang merancang untuk membuka hab pertukarang kriptowang (cryptocurrency exchange) halal pertama di dunia yang berlandaskan syariat Islam.

Hab tersebut dinamakan FICE, ataupun First Islamic Cryptocurrency Exchange, dan akan menggunakan prinsip-prinsip kewangan Islamik untuk menjalankan perniagaan pertukaran tersebut.

Menurut laporan Coin Telegraph, hab FICE ini akan hadir dengan Jabatan kewangan Islamik dan juga Lembaga Penasihat Syariah, dimana pakar-pakar kewangan Islamik akan berbincang mengenai kriptowang-kriptowang manakah yang boleh disifatkan sebagai halal.

Jurucakap ADAB Solutions berkata bahawa satu perbezaan utama FICE dan hab-hab pertukaran kriptowang yang lain ialah mereka tidak akan mengambil bahagian di dalam spekulasi pasaran dan hanya akan menukar kriptowang mengikut harga semasa.

FICE ini dikatakan bakal dilancarkan pada tahun 2019, dan melalui laman web tersebut, ADAB Solutions juga telahpun mula menjual ADAB Coin, kriptowang mereka sendiri.


TIPS & ULASAN