Carian
Kemaskini watchOS 5.1 Ditarik Kerana Menyebabkan Apple Watch Series 4 Gagal Berfungsi
October 31, 2018 Fahim Zahar

Apple Watch Series 4 adalah jam tangan pintar Apple yang terkini. Ia membawakan sejumlah ciri dan fungsi yang menarik, secara terus menjadikan Apple Watch Series 4 ini adalah antara yang paling berbaloi untuk dimiliki. Terkini, Apple mula hadir dengan kemaskini watchOS terbaru iaitu watchOS 5.1.

Tetapi sayang sekali, watchOS 5.1 ini menyebabkan Apple Watch Series 4 gagal berfungsi dan langsung tidak boleh dibaiki. Disebabkan itu, kepada pengguna yang mengalami masalah ini – Apple akan menggantikan jam yang baru. Untuk mengelak lagi isu ini merebak, Apple menarik kembali kemaskini ini.

Pembaca Amanz bagaimana? Adakah anda memiliki jam tangan pintar ini dan adakah anda mengalami masalah yang sama?

Komen