Cari @ Amanz

Xiaomi kini telah pun mengumumkan Mi Mix 3 secara rasminya, dan ia bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Kini, selari dengannya, Xiaomi telah pun mengemaskini harga jualan untuk Mi Mix 2S.

Xiaomi Mi Mix 2S hadir dengan rekaan nirbingkai, dijana cip pemprosesan Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia hadir dalam pilihan warna hitam dan putih, menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar, dan bateri berkapasiti 3400mAh.

Dengan rekaan nirbingkai, Mi Mix 2S memposisikan kamera hadapan pada dagu peranti, sekaligus mungkin memberikan anda sedikit cabaran ketika membuat Instagram Stories dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat mendapatkan Mi Mix 2S, boleh mendapatkannya pada harga RM1799 daripada pengedar rasmi Xiaomi. Atau mungkin juga anda boleh nantikan pelancaran rasmi Mi Mix 3 di Malaysia sebelum membuat keputusan penuh mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd