Di acara pengumuman MacBook Air dan iPad baru Apple, Tim Cook menyatakan bahawa jumlah pengguna aktif peranti MacOS sudahpun melangkau 100 juta pada suku ketiga 2018.
Apa yang menarik di sini ialah 51 peratus daripada para pengguna tersebut adalah pengguna MacOS baru yang membeli peranti MacOS untuk pertama kali, dan untuk pasaran China sahaja, peratusan tersebut melonjak setinggi 76 peratus, dan peningkatan tersebut menunjukkan tahap pendapatan boleh guna yang tinggi di kalangan masyarakat tersebut.
Tim Cook menyatakan lagi bahawa mereka yang menggunakan peranti MacOS sangat menyukai platform tersebut, dan cukup jarang sekali mereka berpindah daripadanya.
Walaupun angka peranti aktif MacOS boleh dikatakan kian meningkat, ia masih tidak dapat menandingi jumlah peranti aktif sistem operasi Microsoft Windows yang mempunyai 1.5 bilion pengguna aktif di seluruh dunia.