Cari @ Amanz

Dapatkan Produk Di Bawah Harga RM 11 Ketika 11Street Shopping Madness 11.11

Oleh Lina Rosli

Link Copied!

Seperti kebanyakkan laman e-dagang lain, 11Street turut tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan Hari Bujang (Single’s Day) pada 11 November akan datang. 11Street menawarkan pelbagai tawaran sepanjang tempoh sebulan iaitu bermula 29 Oktober sehingga 27 November. 11Street Shopping Madness 11.11 menawarkan diskaun sehingga 90% serta pengguna turut boleh mendapatkan produk di bawah harga RM 11 pada 11 November sehingga 14 November.

‘Kegilaan’ ini boleh dirasai lagi dengan kehadiran Madness Category Sales pada 29 Oktober sehingga 10 November yang mana pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis produk daripda pelbagai kategori termasuk fesyen, gaya hidup, kecantikkan dan barangan teknologi seperti peranti mudah alih dan barangan elektronik pada harga yang lebih jimat. Penawaran perkhidmatan penghantaran percuma turut ditawarkan jenama-jenama terpilih di laman atas talian 11Street.

Antara jenama-jenama yang mengambil bahagian sepanjang tempoh 11Street Shopping Madness 11.11 ini adalah Nestle, Chek Hup Ipoh White Coffee, MamyPoko, Gintell, Samsung, Vivo dan Watsons. Selain itu, 11Street turut memberikan tawaran secara bundle dan jualan kilat (flash sales) yang menarik sehingga lima sesi sehari kepada pelanggan untuk mendapatkan produk yang diingini.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Shopping Madness 11, anda boleh layari laman promosi khas rasmi 11Street. Anda juga boleh memuat turun aplikasi 11Street.my menerusi iOS dan Google Play Store.


Komen ()