Semalam Apple telah pun melancarkan iPad Pro mereka yang terbaru. Ia hadir dengan sokongan Face ID, rekaan bingkai yang nipis, sokongan Apple Pencil yang baru, boleh dijadikan sebagai power bank dan juga yang paling menarik adalah sokongan USB-C. Untuk pemprosessan, ia dijana dengan cip A12X Bionic dan ketahanan bateri sehingga 1o jam lamanya.
The new iPad Pros both have 6GB of RAM, according to Xcode (technically the kCoreThemeMemoryClass enum doesn't map 1:1 but CoreUI only knows about 6GB devices so the iPad must be 6GB if not any prior value) pic.twitter.com/Oas1nOM5BM
— Steve Troughton-Smith (@stroughtonsmith) October 30, 2018
Menjadi tanda tanya ramai orang adalah memori yang digunakan. Seperti yang anda semua tahu, ia mempunyai pilihan storan sehingga 1TB. Secara langsung menjadikan iPad pertama dengan storan sebesar ini. Untuk RAM pula, mengejutkan ia memuatkan sehingga 6GB RAM buat storan 1TB. Manakala, untuk storan di bawah 1TB – RAM yang digunakan hanya 4GB.
Maklumat ini diketahui melalui perisian XCode yang digunakan untuk membangun aplikasi iOS. Jika pembaca Amanz ingin memiliki iPad Pro generasi baru ini, anda boleh dapatkan pada harga bermula hanya RM3499.