Cari @ Amanz

Dalam arena peranti mudah-alih, sindir-menyindir antara satu sama lain adalah boleh dikatakan salah satu norma biasa. Terkini, Poco, sub-jenama milik Xiaomi dilihat menujukan kempen terbaru mereka terhadap OnePlus kerana OnePlus 6T terbaru mereka berharga jauh lebih tinggi berbanding dengan Pocophone F1.

Pihak Poco dilihat membandingkannya hanya dari segi penawaran cip pemprosesan Snapdragon 845. Kedua-duanya menggunakan cip pemprosesan lebih kurang sama, tetapi harga OnePlus 6T boleh dikatakan berharga lebih tinggi berbanding Pocophone F1. Selain cip pemprosesan, antara yang turut dibandingkan adalah bateri dan juga penawaran bicu audio.

Seperti semua sedia maklum, setiap peranti mempunyai keunikkan tersendiri. Untuk OnePlus 6T, ia hadir dengan binaan premium, selain penawaran pengimbas cap jari pada skrin, selain skrin yang lebih cantik berbanding Pocophone F1.

Kempen seperti ini boleh dikatakan suatu perkara yang agak biasa dalam arena peranti mudah-alih. Namun, ia agak menarik untuk melihat OnePlus yang dahulunya sering membandingkan harga penawaran dan melabelkan diri sebagai “Flagship Killer” kini dilabelkan sebagai “OverPriced”.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd