Cari @ Amanz

Honor Menunjukkan Fon Telinga Nirwayar Mereka – Honor FlyPods Pro, Menggunakan Teknologi Konduksi Tulang

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sewaktu acara pelancaran Honor Magic 2, syarikat tersebut turut menunjukkan fon telinga nirwayar terbaru mereka yang dinamakan Honor FlyPods Pro.

Fon telinga ini hadir dengan rekaan seakan-akan Apple AirPods, dan menggunakan teknologi konduksi tulang (bone conduction) untuk menghalakan suara ke bahagian mikrofon fon kepala ini daripada mulut anda.

Apa yang lebih menarik lagi ialah fon kepala FlyPods Pro ini hadir dengan sokongan untuk pembantu digital Honor, Yoyo Assistant, dan boleh digunakan untuk mengarahkan Yoyo Assistant tersebut melakukan tugasan yang dikehendaki.

Sama seperti Airpods juga, fon kepala FlyPods Pro ini boleh dicas secara nirwayar melalui pod penyimpanan fon kepala ini. Ia turut mempunyai ciri dimana anda boleh menyambung satu FlyPod dengan FlyPod yang tercicir.

Honor turut mengatakan bahawa mereka akan menjual dua model FlyPods. Perbezaan diantara kedua-dua model ini hanyalah bahawa Honor FlyPods, yang akan mula dijual pada 6 November, tidak akan hadir dengan ciri konduksi tulang.

Model Honor FlyPods Pro pula akan mula dijual pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Komen ()