Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 9 merupakan salah satu peranti yang diminati ramai yang terlibat dalam rakaman gambar dan video. Ini adalah kerana kualiti rakaman yang ditawarkan olehnya yang sangat tinggi pada pelbagai keadaan berbeza.

Menariknya, pengguna juga turut boleh merakamkan video pada resolusi tinggi, iaitu sehingga 4K tanpa risau storan mereka akan penuh.

Hal ini kerana ia hadir dengan memori terbina sehingga 512GB, selain kebolehan menambah storan menggunakan kad mikro-SD sehingga 512GB – sekaligus menjadikan storan keseluruhan peranti mencapai 1TB.

Galaxy Note 9

Dengan penawaran storan bersaiz besar ini, anda boleh merakamkan video pada resolusi 4K tanpa sebarang kerisauan, apatah lagi memandangkan rakaman seminit membawa saiz rakaman sekitar 512MB.

Bagi anda yang sering merakamkan video pada resolusi 4K, dan ingin menyimpan semua detik rakaman tanpa perlu risau memadamnya, Galaxy Note 9 mungkin pilihan anda. Galaxy Note 9 boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM3699.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd