Carian
Royole FlexPai Ialah Peranti Skrin Boleh Dilipat Pertama Dilancarkan
November 1, 2018 Effi Saharudin

Samsung mengumumkan projek peranti dengan skrin boleh lipat pertama mereka sejak dua tahun yang lalu. Kemudian Huawei turut mengumumkan hasrat mereka dan  LG pula mungkin memperlihatkan peranti mereka di CES 2019. Kesemua nama besar dunia peranti mudah alih ini telah dikalahkan terlebih dahulu oleh Royole.

 Royole FlexPai yang dilancarkan di China semalam bukan sahaja dengan skrin yang boleh dilentur tetapi dijana pemproses terkini Snapdragon 8150. Apabila di dalam posisi terbuku, FlexPai mempunyai skrin sebesar 7.8″ beresolusi 1920 x 1440 pixel (4:3) dan mengecil ke 4″ beresolusi 390 x 1440 pixel apabila dilipat seperti sebuah buku.

Ini dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 256GB dan sistem kamera 16+20 Megapixel pada bahagian hadapan ketika di dalam mod tablet.Bateri yang digunakan pula sebesar 3800 mAh dengan sistem pengecasan Ro-Charge yang membolehkan bateri dicas ke 80% dalam masa sejam.

Ia menggunakan sistem operasi Water OS. Kerana skrin yang lebar, ia boleh melancarkan tiga aplikasi serentak pada satu skrin. Di dalam posisi lipat, bahagian sisi skrin akan memaparkan notifikasi sama seperti sistem Edge Screen pada peranti Samsung. Di China Royole FlexPai dijual pada harga RMB 9000 (~RM 5404) sebuah.

Komen