Carian
Nubia X Diumumkan – Hadir Dengan Dwi-Skrin, Snapdragon 845, Bateri 3800mAh
November 1, 2018 Fahim Zahar

Nubia sebelum ini adalah anak syarikat kepada jenama ZTE. Selepas mereka berpisah, terdapat banyak peranti yang telah Nubia lancarkan – tetapi untuk peranti terbaru yang baru sahaja mereka umumkan ini – ia adalah sesuatu lain daripada yang lain dan juga unik. Nubia hari ini mengumumkan Nubia X, sebuah peranti dwi-skrin yang dijana Snapdragon 845 dan mempunyai bateri sebesar 3800mAh.

https://www.youtube.com/watch?v=BT5VNz7r1RA

Nubia X ini menggunakan skrin tanpa takuk bersaiz 6.26-inci FHD+ dan nisbah skrin-ke-badan adalah 93.6%. Nisbah skrin-ke-badan ini adalah lebih besar berbanding Mi Mix 3 yang hanya mempunyai 9.34%. Untuk skrin kedua pula, Nubia menggunakan panel OLED pada bahagian panel belakang peranti. Skrin ini turut berfungsi sebagai skrin Always-on Display. Menariknya, skrin ini turut berfungsi sebagai alat kawalan untuk bermain permua. Skrin kedua ini juga turut direka agar ia tidak kelihatan sebagai skrin dan hanya kelihatan sebagai panel belakang peranti seperti biasa.

Seperti yang dinyatakan tadi, Nubia X dijana dengan Snapdragon 845 dan ia turut dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan sehingga 256GB storan dalaman. Untuk kamera utama, Nubia X menggunakan dwi-lensa 16+24 Megapixel f/1.8 dengan kemampuan mengambil gambar seakan hasil suntingan untuk poster. Ia turut mempunyai kecerdasan buatan terbina. Mengikut trend terkini juga, Nubia X turut hadir dengan pilihan warna gradient seperti Huawei. Bateri 3800mAh pada Nubia X ini boleh dicas secara pantas dengan sistem pengecasan pantas Neocharge. Untuk menambah prestasi, Nubia X hadir dengan NeoPower 3.0 dengan sokongan Smart Freeze.

Untuk sekuriti, Nubia X menggunakan pengimbas cap jari di sisi peranti yang turut berfungsi sebagai butang home.

Nubia X menjalankan sistem operasi Android Nubia UI 6.0+ET yang mempunyai kecerdasan buatan terbina. Peranti ini juga sudah pun boleh dipra-tempah di China pada harga bermula RMB3299 iaitu sekitar RM1982.

Komen