Carian
Android Pie Beta Samsung Galaxy S9+ Menyokong Sambungan DeX Tanpa Dermaga
November 1, 2018 Fahim Zahar

Seperti yang semua sedia maklum peranti mercu Samsung bermula dari Galaxy S8 dan ke atas, ia menyokong DeX iaitu mengubah antaramuka peranti kepada antaramuka desktop. Untuk Galaxy Note 9, Samsung mula menyertakan sokongan tanpa dermaga DeX iaitu hanya melalui kabel USB-C. Kini, Samsung Halaxy S9+ juga menerima sokongan ini – tetapi hanya untuk Android Pie beta.

Ini adalah satu ciri yang menarik. Kerana, dermaga DeX dijual secara berasingan dan harganya juga agak mahal. Dengan sokongan hanya menggunakan kabel USB-C yang harga kabelnya jauh lagi murah, pasti akan lebih ramai pengguna peranti galaksi ini akan lebih kerap menggunakannya.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya untuk Samsung Experience 10 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Samsung Experience 10 ini masih lagi beta dan hanya boleh dicuba untuk beberapa model Galaxy terpilih dan pengguna terpilih sahaja.

Komen