Cari @ Amanz

Sailfish OS 3 Kini Rasmi

Link Copied!

Sailfish OS adalah sistem operasi berasaskan gesture yang pada dahulunya adalah Meego OS pada Nokia 9. Turut terbina dalam Sailfish OS adalah sub-sistem Android untuk membenarkan pengguna memasang fail .APK. Hari ini, Sailfish 3 dilancarkan secara rasmi. Ia hadir dengan prestasi yang lebih baik serta dengan sekuriti yang ditambahbaik.

Berikut adalah senarai terbaru dalam Sailfish 3;

  • Top Menu baru: tetapan pantas dan pintasan kini boleh diakses dari mana-mana bahagian
  • Light ambiences: Rekaan baru buat Sailfish OS
  • Penyulitan data: penyulitan kad memori dan fail sistem dalam peranti turut akan boleh disulitkan kelak.
  • Gesture papan kekunci baru: secara pantas mengubah layout papan kekunci dengan satu gesture.
  • Storan USB On-The-Go: menyokong pelbagai sambungan pemacu USB.
  • Penambahbaikan kamera: gambar yang diambil pada kunci skrin kini boleh dilihat tanpa menyahkunci peranti

Sayang sekali, sistem operasi ini hanya menyokong pada beberapa peranti Xperia sahaja. Untuk custom ROM pula, jarang sekali pembangun dari XDA atau mana-mana membangunkannya. Ini kerana Sailfish OS ini perlu dibayar pada harga sekitar RM237.


Komen ()