Cari @ Amanz

Huawei Mengemaskini Harga Jualan Nova 3 Dan Nova 3i – Kini Bermula RM1099

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei hari ini telah mengemaskini harga jualan dua telefon pintar baru mereka dibawah siri Nova 3, iaitu Huawei Nova 3 dan juga Huawei Nova 3i. Bermula 1 November, kedua-dua telefon pintar ini, masing-masing akan dijual pada harga RM1699 dan juga RM1099.

Nova 3 & 3i Harga Baru

Kedua-dua telefon pintar ini menawarkan beberapa ciri-ciir premium, termasuk menggunakan empat kamera padanya – dua dihadapan, dan dua dibelakang. Menawarkan spesifikasi lebih tinggi adalah Nova 3 yang hadir dengan cip Kirin 970, sementara Nova 3i dengan cip Kirin 710. Kedua-duanya juga menawarkan storan sehingga 128GB, selain sokongan GPU Turbo.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar dibawah siri Nova 3 ini, boleh menyemaknya melalui pengedar rasmi Huawei seluruh negara.


Komen ()