MSI GE75 Raider Laptop Gaming 17 Inci Terbaru Dari MSI – Hadir Dengan Bezel Paparan Nipis, NVIDIA GeForce GTX 1070
MSI

MSI GE75 Raider Laptop Gaming 17 Inci Terbaru Dari MSI – Hadir Dengan Bezel Paparan Nipis, NVIDIA GeForce GTX 1070

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

MSI ialah sebuah jenama pembina komponen dan peranti gaming yang terkenal di seluruh dunia. Di acara pelancaran laptop siri MSI Prestige mereka hari ini, mereka turut mengumumkan kehadiran laptop gaming terbaru mereka, iaitu MSI GE75 Raider.

Laptop MSI GE75 Raider ini ialah laptop bersaiz 17.3 inci yang hadir dengan rekaan bingkai nipis, dengan resolusi Full HD 1920×1080 dan juga kadar segar semula 144Hz yang sangat berguna jika anda sering bermain permainan seperti Overwatch, Counter Strike: GO dan permainan penembak pertama yang lain.

Laptop ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 generasi kelapan Coffee Lake, sokongan untuk memori DDR4 sebanyak 32GB, dan pengguna boleh memilih untuk mendapatkan storan SSD PCIe M.2 sahaja ataupun menggabungkannya dengan storan SSD SATA III juga.

Dari segi kuasa grafik, MSI GE 75 Raider ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6G ataupun NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB yang cukup berkuasa sekali.

Laptop MSI GE 75 Raider ini sudahpun boleh dibeli di kedai fizikal MSI, pengedar rasmi MSI ataupun kedai atas-talian MSI di Lazada pada harga RM7999 untuk model dengan kad grafik GTX 1060 dan RM9499 untuk model dengan kad grafik GTX 1070.


TIPS & ULASAN