Twitter Membenarkan Pengguna Memilih Jenis Spam Yang Ingin Dilaporkan

Twitter Membenarkan Pengguna Memilih Jenis Spam Yang Ingin Dilaporkan

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

Twitter adalah satu laman media sosial. Ia turut dikenali sebagai mikro-blog. Twitter juga terkenal dengan kicauan berbenang yang mengandungi, tutorial, cerita seram, cerpen, luahan perasaan, pengakuan dan sebagainya. Tetapi, tidak lupa juga – Twitter juga adalah tempat di mana ramai pengicau mengicau kicauan yang mengganggu, menjengkelkan, tidak senonoh atau banyak lagi yang negatif.

Semua perkara negatif ini turut boleh dilaporkan kepada Twitter, tetapi jenis kicauan yang ingin dilaporkan itu tidak boleh dipilih. Sehingga hari ini, kicauan berbentuk spam atau lain-lain boleh dipilih sewaktu membuat laporan.


TIPS & ULASAN