iOS 12.1 Akan Memperlahankan iPhone X, 8 Dan 8 Plus Apabila Mengesan Penurunan Prestasi Bateri

iOS 12.1 Akan Memperlahankan iPhone X, 8 Dan 8 Plus Apabila Mengesan Penurunan Prestasi Bateri

Diterbitkan pada November 1, 2018 oleh .

Tahun lalu Apple terpaksa meminta maaf kepada pengguna apabila kemaskini iOS 10.2.1 menyebabkan kuasa memproses bagi mengelakkan berlakunya masalah peranti mati secara tiba-tiba. Apabila perisian mengesan tahap prestasi bateri yang tidak lagi optimum, kelajuan pemproses akan dikurangkan. Sistem urusan prestasi ini kemudian boleh dinyahkatifkan oleh pengguna secara manual menerusi kemaskini iOS 11.3

iOS 12.1 yang baru diberikan semalam kini membawakan fungsi yang sama untuk iPhone X, 8 dan 8 Plus. Ini disedari oleh The Verge selepas membaca laman sokongan Apple yang baru dikemaskini. Bagi pengguna yang risau prestasi peranti baru berusia setahun mereka terjejas mereka tidak perlu risau kerana mod ini boleh dinyahaktifkan pada bila-bila masa menerusi tetapan bateri.


TIPS & ULASAN