Pada Januari lepas, Maybank telah menerbitkan aplikasi Maybank QRPay yang sebelum ini penggunaannya sangat terhad yang mana ia hanya digunakan di Menara Maybank dan UMS. Hari ini, Maybank telah melancarkan usahasama mereka bersama restoran KFC untuk menawarkan kemudahan pembayaran secara nirtunai kepada menerusi penggunaan sistem Maybank QRPay.
Dengan kehadiran aplikasi penggunaan kod QR ini, pembayaran boleh dibuat dimana-mana lokasi yang menyokong Maybank QRPay dengan mudah sekaligus meningkatkan pengalaman pengguna menerusi ekosistem pembayaran digital yang tidak memerlukan pengguna untuk membawa wang tunai ketika melakukan transaksi pembayaran di kaunter.
Sebelum ini, KFC telah memperkenalkan kemudahan transaksi tanpa tunai, yang mana pengguna boleh menggunakan kad debit atau kredit mereka untuk membuat pembayaran di kaunter dan ia telah mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Oleh itu, dengan pelancaran Maybank QRPay di rangkaian restoran KFC ini mampu menawarkan kelancaran perkhidmatan KFC.
Buat masa ini, sistem pembayaran digital ini telah dilancarkan di 11 buah rangkaian restoran KFC. Antaranya di KFC The Curve, Pavillion 2, KL Sentral, MId Valley Megamall dan KLIA2 Arrival. Menjelang April 2019 depan, semua rangkaian KFC dan juga Pizza Hut disasarkan akan menyokong sistem pembayaran QRPay. Fasa seterusnya ialah menggunakan sistem pembayaran yang sama di rangkaian Ayamas.
Menariknya, platform Maybank turut akan menyediakan keupayaan pembayaran menggunakan kod QR melalui Alipay dan WeChat dengan tujuan untuk memudahkan pengunjung dari China membuat pembayaran di rangkaian KFC di Malaysia.
Setakat ini, Maybank telah mengumpul lebih 160,000 peniaga yang menawarkan