Cari @ Amanz

Spotify telah mengumumkan laporan kewangan untuk suku ketiga 2018 mereka dan jumlah pengguna platform penstriman muzik ini terus meningkat. Terdapat 191 juta pengguna aktif bulanan dengan 87 juta terdiri daripada pengguna berbayar. Jumlah pengguna aktif bulanan meningkat 28% berbanding suku yang sama tahun lalu dan pengguna berbayar pula meningkat 40% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Spotifty berjaya menambah 4 juta pengguna berbayar baharu berbanding suku kedua 2018. Ini adalah kerana pengenalan pakej keluarga dan juga pelajar dengan bayaran bulanan yang menarik. Pesaing terdekat Spotify iaitu Apple Music mengejar di belakang dengan 5o juta pengguna berbayar seperti kami laporkan Mei yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd