Oxygen OS adalah sistem operasi OnePlus yang tersendiri yang berasaskan Android. Ia hampir dengan Android asli, tetapi mempunyai banyak ciri dan fungsi tambahan – lebih-lebih lagi dari segi kemampuan pengubahsuaian.
Kemaskini Oxygen OS buat buat peranti-peranti OnePlus kebiasaannya sedikit lambat buat pengguna di Malaysia. Ini mungkin kerana beza masa dengan waktu OnePlus muat naik kemaskini ini ke pelayan mereka. Oleh itu, Oxygen Updater hadir yang menarik fail ROM ini untuk memberi pengguna lebih pantas memuat turun ROM terkini. Sayang sekali, OnePlus telah menukar back-end pelayan mereka – jadi Oxygen Updater ini tidak lagi boleh digunakan.
Usah risau, anda masih boleh muat turun ROM rasmi di laman muat turun OnePlus, tunggu bebenang di XDA atau juga menggunakan VPN untuk akses pantas.